Wednesday, 20 July 2016

Filled Under:

Mashallah.. Terkini !! Ibu bagi 2 anak minum cecair peluntur dan gantung diri selepas itu..

lop
Ibu Bunuh Dua Anak Kandung|Seorang ibu dipercayai membunuh dua anak lelakinya masing-masing berusia tujuh dan empat tahun sebelum nekad bertindak menggantung diri di sebuah rumah di Kampung Baru di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mayat wanita berusia 37 tahun tersebut ditemui tergantung di dalam tandas, manakala mayat kedua-dua anaknya pula ditemui di dalam sebuah bilik tidur di kediaman berkenaan.
Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada penduduk kampung berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal polis menemui botol cecair peluntur dalam keadaan penutupnya terbuka disyaki digunakan wanita berkenaan membunuh kedua-dua anaknya.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah ditemui di sekitar tempat kejadian.
“Buat masa ini, kita syaki wanita berkenaan membunuh anaknya sebelum bertindak menggantung diri,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
13700073_142170509547043_7393520279080108917_n
13782230_142170532880374_151481870184881285_n




0 comments:

Post a Comment