Monday 25 July 2016

Filled Under:

Hajat Tak Sampai, MENINGGAL DUNIA Selepas Ditangkap KHALWAT.

WJ: Hajat Tak Sampai, MENINGGAL DUNIA Selepas Ditangkap KHALWAT.

SEORANG wanita berusia 56 tahun yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat mati mengejut di pejabat Jabatan Agama Islam Kedah sementara menunggu giliran untuk direkodkan keterangannya.

Jabatan Agama Islam Kedah sebelum ini telah menangkap wanita berasal dari Johor itu berdua-duaan dengan seorang lelaki Pakistan berusia 44 tahun di sebuah hotel bajet di Bukit Kayu Hitam.

Ketika menunggu giliran untuk direkodkan keterangannya, wanita itu rebah dan meninggal dunia sebelum pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.

Kejadian disedari anak mangsa berusia 19 tahun yang menemani ibunya di pejabat tersebut.

“Pada mulanya, saya ingatkan mak sedang terlelap sebab dia ada cakap dia penat.

“Tapi lepas saya cuba kejutkan dia bangun, dia tidak memberikan sebarang respon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Wanita itu dipercayai mempunyai penyakit tekanan darah tinggi serta mengalami kemurungan selepas ditipu rakannya yang berjanji mahu mengahwinkannya dengan lelaki Pakistan dengan menggunakan khidmat agen di Thailand. – MYNEWSHUB.CC




0 comments:

Post a Comment